Assalamualaikum w.b.t ;) *gosok gosok mata* Actually dah ngantok sangat plus letihh. Tapi gedik nak update jugak blog nih. Selalunya kalau tangguh-2 pahtu tak update terus. Memang. Memang selalu sangat macam tuu. So, semenetara tengah ada mood walaupun mengantuk nih aku update eyy ;) Elehh, korang bukan baca pun mukadimah nih kann? K...
Firstly, aku memang excited naik kapal terbang haritu, harap maklum. Itu second time naik kapal terbang. First time dulu time aku umur 2 bulan. Pergi UK. Time tuh tengah bungkus lagi aku masa tu memang tak rasa apa lah kann. Ibu abah pun tak kenal lagi. Naik kapal terbang pukul 1.45. Flight pukul 2.45 pm. Breakfast McD je masa tu walaupun dalam proses memboikot. xD Terpaksa k.. hehehe.
Setelah 1 jam plusplus... Sampai lah Ho Chi Minh City, Vietnam ;) Cuaca kat Vietnam lagi panas, 31'c. Malaysia 25'c jee. Sampai-sampai ade sorang tourist guide nama dia Encik Zafir ! Dia lah yang uruskan kami selama kami kat Vietnam nihh. Service dia mmg awesome. And then check in hotel dulu baru lah boleh jenjalan. Takkan kau nak angkot beg-beg semua pegi jenjalan sekali enn? u_u K then my roommate is Ainul Iefa :D
Dah habis check in apa semua, rest. Malam uhh baru lah pergi jenjalan ! ;) Jalann dekat night market. Sama jee macam uptown tuhh. Susah kalau nak pronounce perkataan Vietnam nihh. Seriously u_u Dekat Vietnam nihh memang ramai gila orang and motor sebagai kenderaan utama bagi diorang. Kalau kita nak lintas jalan enn, kena lintas jee and diorang pepandai lahh kawal motor diorang. Kalau tunggu sampai besok pun tak habis motor tuhh. Malam tuh malu ohh dengan Iefa tuh. Muahaha xD Diam eyy! And malam tuh jugak kami orang dah share some secrets. Jeng jeng jengggg ! :D
K second dayy, jalan dekat Pasar Ben Than. Pasar nihh dibuka pagi sampai pukul 5 petang. Ohh! For your information, kat Vietnam lambat satu jam dari Malaysia. So, bila pukul 7 pagi tuh pun memang dah nampak cerah and pukul 5.45 pm pun dah gelapp. Memang panas gila jalan dekat Pasar Ben Than tuhh and me dah tak tahan sangat terus balik hotel. Tidur. Petang tuhh Encik Zafir bawak jalan-jalan around Vietnam. Pergi tempat shopping and memacam lagiii. Aku asyik melayan budak kecik comel tuhh. Nama dia Ainul Hanisa. Aku panggil dia Adikk. Omeyyy :*
Pening ohh. Peniaga kat sana main tarik-tarik. Dekat Pasar Ben Than tuh kalau masuk, haa dah macam masuk rumah hantu. Kiri kanan tarik. Ada sekali tuhh aku kena keliling dengan peniaga tuh. Aku mana ada duit woii -_- Kat Vietnam nihh, kita punya kereta jalan belah kiri tapi diorang belah kanan and semuanya terbalik dari kita. Diorang menggunakan hon kereta tuh untuk bagitau yang diorang ade kat belakang and nak potong. Kalau kita, orang hon mesti rasa anginn jee enn. Memang semua tempat ada je orang berniaga and susah nak cari makanan halal kat sini. Yang restoran melayu halal tuhh amek kesempatan kasi harga mahal-mahal. Kemainnnn lagi! u_u
Third dayyyyy ! ;) Kami pergi ke lupa ahh nama tempat tuhh -_- Tapi island laa. Naik large boat pergi ke dragon island and phoenix island. And then kami sampai kat dragon island tuh jalan-jalan tengok orang buat coconut candy. Dia buat tuh guna tangan jeee. Ibu tak lalu nak makan xD Aku makan sedap jee n_n muahahaa. Selepas tu kami jalan-jalan tengok souvenir. TENGOK je kayy. Jalannnnnn lagii. Lepas tu, kami orang naik small boat. One boat four people. Haa nasib baik cukup-cukup jee. Ibu Abah Alif Wanie (Y) Bestt ! Lagi best dari naik large boat. Dekat phoenix island pulak takde ape punn. Makannn and usha buayaaa. Buaya darat pun banyakk u_u
Yang bawak kami pergi island semua tuh ada seorang lagi tourist guide. Nama dia Jackie! Dia lah yang bagi explanation apa semua. Dekat situ jugakk Vietnamese kasi kami minum madu free campur dengan kunyit campur dengan limau. Eee menggelegak hidungg. Thenn diorang kasi kami makan buah freee and ada show sekali sambil makan buah tuhh. Awesome. Diorang memang penyambut tourist tuhh. Thumbs upp ! (Y) Haa, time tuh jugaklah perut aku nak gastrik. Memang bagus. Pandai dia pilih masa. Sakit tu memang sakit. -.-
Heee. Dah sampai hari yang keempat punn. Kami orang belajar sejarah Vietnam harituu. Nama tourist guide tu Joe pulakkk xD Dia cerita sejarah Vietnam dulu. Vietnam nih dulunya komunis. Sebab tuh some t-shirt kat Vietnam nih ade bintang kat tengah-tengah. I thought itu corak jee rupanya ada maksud. Sebelum sampai ke Cu Chi Tunnel, kami orang stop dekat Handicapped handicrafts. Dulu American kot pernah bom Vietnam nihh. So, ada anak-anak yang cacat tuhh semua kerja buat kraf tangan dekat situ. Hasil diorang memang pergh awesome gilaa!
Tu lahh kalau kita usaha pun bolehhh ;) Diorang even handicapped, diorang still boleh cari duit sendiri. Berpuluh-puluh kraf tangan diorang. And then baru kami pergi ke Cu Chi Tunnel. Dekat situ lahh kampung yang mempertahankan Vietnam dulu. Dulu American nak jajah Vietnam. Kalau dia tak dapat jajah kampung tuu, semua Vietnam tuh dia tak boleh dapat. So, kampung tuhh kreatif sangat-sangat. Macam-macam diorang buat untuk mempertahankan Vietnam.
Diorang reka tapak selipar jadi terbalik. So, bila diorang jalan ke arah barat American people akan ingat diorang menuju ke timur. And then nanti American tak dapat ah jumpa diorang. Lagi, diorang buat laluan bawah tanah untuk selamatkan diri dari bom American. Sebab tu nama tempat tuh Cu Chi Tunnel. Memang kecik sangat tempat persembunyian tuh. And macam-macam lagi laluan bawah tanah ada kat tempat tuh.
Diorang jugak pasang trap untuk perangkap American. Aku ade masuk satu laluan bawah tanah tuh. Wahhh, memang best! Nak jalan bawah tuh kena bongkok. Haa korang pernah tengok cerita Nujum Pak Belalang tak yang anak perempuan sultan tuh kena culik dalam gua tuhh? Pastu Pak Belalang tuh selamatkan anak sultan tuh? Macam tuh lahhh jalan dia lebih kurang. Nak masuk tuh kena bongkok and boleh keluar kat mana-mana je lubang. K memang susah nak explain.
*Gosok gosok mata again* memang dah ngantok sangat actually. Hari nihh pulak asyik melayan Adikk tuh. Tak tidur lagi. Tidur dalam bas pun kejap jea tadi. Okeyy, tapi apa-apa punnn Vietnam memang awesome. Malaysia always in mah heart. kahhh kahh :D Okeyyy, nanti aku mesti rindu dengan budak kecik omeyy tuu. Haaa, sekarang pun dah rindu nak dengar dia gelak :'( Okaybye. Night Adikk ! :*
Abah Ibuuu <3 br="br" nbsp="nbsp">
3>
Otw to flight.
Weee :D I believe I can fly !
Ho Chi Minh City ;)
Shoppingg :D
Ainul Eifa xD
Ainul Hanisa !!
Budak awesome. Muahaha xD
Cuba pronounce !! :D
Dragon Island :)
Alalalala :3
Adikkk ! :)
Handicapped Handicrafts !
Cu Chi Tunnel ! Tempat menyorok untuk elak daripada kena bom. Kecik enn?
Creative !
Kak Niniiiiiiiiiiiii ! :)
Heee ^.^v
Gambar sikit sebab lambat ahh loading. Dah ngantok sesangat. Okaybyeeeeee :)
Nota hati : Pengalaman mendewasakan kita :')

2 comment